SME bersama Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad di Majlis Jasamu Dikenang



Kuala Lumpur, 29 April 2012 - Satu Majlis Jasamu di kenang : Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad; telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan AU Keramat . Majlis anjuran Persatuan Penduduk Menara Merak Kayangan AU3 ini turut menjemput SME untuk bersama-sama dalam majlis tersebut bagi membuka kaunter UniFi di dalam mempromosikan produk tersebut kepada masyarakat setempat.

UMNO parlimen Setiawangsa turut menjemput Pengarah Urusan SME, En. Zaim Bin Balliah untuk turut serta dan bersama-sama VIP dan VVIP dalam menjayakan majlis tersebut. Antara kupasan tajuk yang dibincangkan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad adalah berkaitan ' ke mana arah tuju bangsaku tahun 2020'.

Justeru dalam ucapan, beliau menyeru agar  kita sebagai rakyat harus berhati-hati dalam memilih kerajaan kerana ianya bakal menentukan baik buruk  nasib kita sendiri di masa hadapan.

-Utusan Malaysia

Penulis : mazam
Juru Gambar : Ahmad Syazwi Bin Ahmad Tajudin & Ahmad Fuad Bin Abdul Manan
Wartawan : Muhammad Azam Bin Abdul Halim


Pengarah Urusan SME bersalaman bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad

Tun bersalaman bersama peminat cilik

Bersama Barisan VIP dan VVIP

Persembahan seni silat tari