Mesyuarat Pembentangan Usahasama SME dan PETEKMA di Menara Rebung Telekom Malaysia Berhad

Rabu, 26 Julai 2012 - SME dan juga PETEKMA telah hadir membentangkan gerak kerja usahasama diantara SME dan PETEKMA di hadapan wakil Telekom Malaysia Berhad yang telah dihadiri oleh General Manager Channel Deparment dan juga beberapa orang pegawainya yang lain.PETEKMA juga yang dihadiri oleh Bendahari iaitu En Anuar Bin Yusoff telah menyatakan kesediaan PETEKMA untuk memberi kerjasama penuh kepada SME dalam merialisasikan usahasama ini. 


Mesyuarat dimulakan dengan pengenalan Seraya Maju Enterprise kepada wakil Telekom Malaysia Berhad dan diteruskan dengan pembentangan yang dikendalikan oleh En Ahmad Syazwi Bin Ahmad Tajuddin. Pelbagai persoalan dan isu telah dibangkitkan  berkaitan Tour de Keramat dan juga berkaitan Ejen-ejen di seluruh semenanjung Malaysia.

Di kesempatan ini, SME mengemukakan pelbagai persoalan yang mana menitikberatkan ejen-ejen seperti permasalahan alamat, pendaftaran yang telah dimanipulasi dan sebagainya. Permasalahan ini mendapat perhatian daripada pihak Telekom Malaysia Berhad dan tindakan susulan akan dilakukan

SME berharap agar pertemuan ini dapat memangkinkan semangat ejen-ejen diseluruh negara untuk terus konsisten di  dalam mencapai sasaran jualan dan seterusnya bersama dan bersatu agar dapat mentransformasikan kehidupan kita sendiri.


Bendahari Agung PETEKMA  ( dari Kiri ) En Anuar B Yusoff









General Manager dan Asst General Manager Channel Dept TM







En Sudriman Walid, General Manager Channel Dept TM




PC FAIR 2012 KL CONVENTION CENTER

Ahad, 15 Julai 2012 - Selama 3 hari bermula pada 13 julai 2012, telah berlangsung Karnival PC Fair yang telah berlansung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur,  Terdapat pelbagai produk elektronik dan telco terlibat dan Telekom Malaysia di wakili hampir 10 syarikat yang berada di bawahnya menjayakan bersama-sama di dalam penjualan UniFi. SME juga turut terlibat dengan menghantar 4 orang wakil di dalam memeriahkan lagi suasana.

Karnival yang mendapat sambutan hangat itu mendedahkan para ejen dengan situasi persaingan yang sihat di mana kekuatan mental dan daya tahan yang tinggi diperlukan. Ini menjadi satu platform terbaik buat ejen untuk mengetahui dan merasai sendiri liku-liku  di dalam penjualan produk.Sasaran yang diletakkan oleh Telekom Malaysia adalah 1200 borang pendafataran di dalam tempoh 3 hari.






Kempen Cegah Jenayah UiTM Pahang

Sabtu, 30 Jun 2012 - Seraya Maju Enterprise dengan kerjasama pihak UiTM cawangan Jengka telah membuka booth jualan produk streamyx pada pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah. Turut hadir YB Dato' Haji Ismail B. Hj. Abd Muttalib, Ahli Parlimen Maran untuk merasmikan majlis tersebut. Di dalam ucapan, beliau menyatakan agar pihak belia harus bijak menilai dan memilih pemimpin dan kerjaaan yang mampu membawa kemakmuran kepada negara, serta bijak menggunakan kemudahan jalur lebar untuk menelaah maklumat-maklumat yang memberi input kepada pelajar dan belia.






Ejen bersama YB Ahli Parlimen Maran dan juga Reaktor UiTM cawangan Pahang


KUNJUNGAN MENARA REBUNG

Khamis, 28 Jun 1012- SME bersama  Pengarah Urusan telah hadir untuk bertemu dengan Encik Mohd Khalis Abdul Rahim, Chief Human Capital Officer of Telekom Malaysia Berhadbagi menyerahkan surat rasmi kepada beliau. Di kesempatan tersebut, SME berharap agar Telekom Malaysia Berhad dapat membantu SME dalam memperluas dan mempermudahkan perjalanan SME dalam mempromosikan produk utama Telekom Malaysia BErhad. 












KARNIVAL TR1MA ( TEKSI RAKYAT 1 MALAYSIA )

Ahad, 24 Jun 2012 -  Karnival Teksi 1 Malaysia yang di anjurkan oleh PETEKMA telah dirasmikan YAB Dato' Seri Mohammad Najib Bin Tun Abdul Razak mendapat sambutan yang sangat tinggi. Karnival yang diadakan di Stadium Bukit Jalil itu menjadi platform kepada SME untuk meningkatkan lagi sasaran jualan dari semasa ke semasa.

Turut hadir Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais Bin Yatim yang merupakan Penasihat PETEKMA. Hasil daripada sokongan Yang Berhormat Menteri, usahasama diantara SME dan PETEKMA sudah dapat direalisasikan, dan usahasama ini menjadi titik mula untuk SME terus mengembangkan sayap perniagaannya.

SME dengan PETEKMA telah berusahasama dengan membuat perjanjian agar setiap daripada karnival yang akan dianjurkan oleh PETEKMA di seluruh negara, akan disertai SME untuk mempromosikan produk Telekom Malaysia Berhad, khususnya UniFi dan Streamyx. Lantaran rentetan ini, memberikan peluang kepada ejen-ejen untuk membuat pemasaran jualan dan seterusnya membantu pihak Telekom Malaysia Berhad dalam cita-cita menjadi peneraju Jalur Lebar Negara Malaysia.

Pihak Kementerian juga menggalakkan SME untuk bersama-sama dengan 12 jabatan dan 6 agensi yang bernaung di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam mempromosikan produk Jalur Lebar Negara. Peluang ini hanya terbuka kepada SME dan tiada syarikat lain yang akan mendapat kesempatan yang sedemikian. Surat sokongan dan kebenaran daripada Kementerian juga akan diserahkan kepada SME. Berikut adalah 12 jabatan dan 6 agensi yang terlibat :


1    Jabatan Penyiaran Malaysia
2        Jabatan Filem Negara Malaysia
3        Jabatan Penerangan
4        Jabatan Hal Ehwal Khas
5        Institut Penyiaran Dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR)
6        Arkib Negara Malaysia
7        Perpustakaan Negara Malaysia
8        Jabatan Muzium Malaysia
9        Jabatan Warisan Malaysia
10    Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia
11    Istana Budaya
12    Jabatan Perlindungan Data Peribadi
13    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
14    Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
15    Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
16    Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
17    Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
18    Balai Seni Visual Negara





 Managing Director SME Bersama YB Dato' Seri Utama Dr Rais B Yatim
Membincangkan perancangan SME bersama YB Menteri



Membincangkan kebaikan usahasama antara PETEKMA dan SME

YB Menteri bersalaman bersama Abdul Aiman iaitu salah seorang ejen

JELAJAH PANTAI TIMUR

Pada 10 hingga 13 hb Mei 2012 yang lalu, Kru SME telah menjelajah ke bahagian pantai timur semenanjung Malaysia dalam rangka kerja untuk penerangan UniFi dan STREAMYX buat kali yang ketiga. Sambutan ejen-ejen sangat menggalakkan dan memberi inspirasi yang tinggi kepada kru SME untuk bekerja dengan lebih tekun dan pantas.

SME berharap agar semua ejen bersama dan bersatu dalam merealisasikan Plan Transformasi Ekonomi PSSCM dengan semangat yang tinggi dan seiring dengan usaha yang bersungguh-sungguh, kerana kami di SME juga bertungkus lumus dalam melancarkan segala pengurusan dalam mencapai cita-cita dan harapan YM Datuk Haji Maideen Bin Kader Shah.

SME berharap agar komunikasi dua hala diantara SME dengan ejen-ejen akan memberi impak di dalam perhubungan kerja kita untuk terus mengorak langkah ke arah ecemerlangan yang jitu.
MD SME bersama State Manager

Add caption

Bersama ejen-ejen di Kelantan

Di kedai milik State Manager, Terengganu


Di Negeri Pahang


Bersama ejen di negeri Pahang