PC FAIR 2012 KL CONVENTION CENTER

Ahad, 15 Julai 2012 - Selama 3 hari bermula pada 13 julai 2012, telah berlangsung Karnival PC Fair yang telah berlansung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur,  Terdapat pelbagai produk elektronik dan telco terlibat dan Telekom Malaysia di wakili hampir 10 syarikat yang berada di bawahnya menjayakan bersama-sama di dalam penjualan UniFi. SME juga turut terlibat dengan menghantar 4 orang wakil di dalam memeriahkan lagi suasana.

Karnival yang mendapat sambutan hangat itu mendedahkan para ejen dengan situasi persaingan yang sihat di mana kekuatan mental dan daya tahan yang tinggi diperlukan. Ini menjadi satu platform terbaik buat ejen untuk mengetahui dan merasai sendiri liku-liku  di dalam penjualan produk.Sasaran yang diletakkan oleh Telekom Malaysia adalah 1200 borang pendafataran di dalam tempoh 3 hari.