Mesyuarat Pembentangan Usahasama SME dan PETEKMA di Menara Rebung Telekom Malaysia Berhad

Rabu, 26 Julai 2012 - SME dan juga PETEKMA telah hadir membentangkan gerak kerja usahasama diantara SME dan PETEKMA di hadapan wakil Telekom Malaysia Berhad yang telah dihadiri oleh General Manager Channel Deparment dan juga beberapa orang pegawainya yang lain.PETEKMA juga yang dihadiri oleh Bendahari iaitu En Anuar Bin Yusoff telah menyatakan kesediaan PETEKMA untuk memberi kerjasama penuh kepada SME dalam merialisasikan usahasama ini. 


Mesyuarat dimulakan dengan pengenalan Seraya Maju Enterprise kepada wakil Telekom Malaysia Berhad dan diteruskan dengan pembentangan yang dikendalikan oleh En Ahmad Syazwi Bin Ahmad Tajuddin. Pelbagai persoalan dan isu telah dibangkitkan  berkaitan Tour de Keramat dan juga berkaitan Ejen-ejen di seluruh semenanjung Malaysia.

Di kesempatan ini, SME mengemukakan pelbagai persoalan yang mana menitikberatkan ejen-ejen seperti permasalahan alamat, pendaftaran yang telah dimanipulasi dan sebagainya. Permasalahan ini mendapat perhatian daripada pihak Telekom Malaysia Berhad dan tindakan susulan akan dilakukan

SME berharap agar pertemuan ini dapat memangkinkan semangat ejen-ejen diseluruh negara untuk terus konsisten di  dalam mencapai sasaran jualan dan seterusnya bersama dan bersatu agar dapat mentransformasikan kehidupan kita sendiri.


Bendahari Agung PETEKMA  ( dari Kiri ) En Anuar B Yusoff









General Manager dan Asst General Manager Channel Dept TM







En Sudriman Walid, General Manager Channel Dept TM