KARNIVAL TR1MA ( TEKSI RAKYAT 1 MALAYSIA )

Ahad, 24 Jun 2012 -  Karnival Teksi 1 Malaysia yang di anjurkan oleh PETEKMA telah dirasmikan YAB Dato' Seri Mohammad Najib Bin Tun Abdul Razak mendapat sambutan yang sangat tinggi. Karnival yang diadakan di Stadium Bukit Jalil itu menjadi platform kepada SME untuk meningkatkan lagi sasaran jualan dari semasa ke semasa.

Turut hadir Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais Bin Yatim yang merupakan Penasihat PETEKMA. Hasil daripada sokongan Yang Berhormat Menteri, usahasama diantara SME dan PETEKMA sudah dapat direalisasikan, dan usahasama ini menjadi titik mula untuk SME terus mengembangkan sayap perniagaannya.

SME dengan PETEKMA telah berusahasama dengan membuat perjanjian agar setiap daripada karnival yang akan dianjurkan oleh PETEKMA di seluruh negara, akan disertai SME untuk mempromosikan produk Telekom Malaysia Berhad, khususnya UniFi dan Streamyx. Lantaran rentetan ini, memberikan peluang kepada ejen-ejen untuk membuat pemasaran jualan dan seterusnya membantu pihak Telekom Malaysia Berhad dalam cita-cita menjadi peneraju Jalur Lebar Negara Malaysia.

Pihak Kementerian juga menggalakkan SME untuk bersama-sama dengan 12 jabatan dan 6 agensi yang bernaung di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam mempromosikan produk Jalur Lebar Negara. Peluang ini hanya terbuka kepada SME dan tiada syarikat lain yang akan mendapat kesempatan yang sedemikian. Surat sokongan dan kebenaran daripada Kementerian juga akan diserahkan kepada SME. Berikut adalah 12 jabatan dan 6 agensi yang terlibat :


1    Jabatan Penyiaran Malaysia
2        Jabatan Filem Negara Malaysia
3        Jabatan Penerangan
4        Jabatan Hal Ehwal Khas
5        Institut Penyiaran Dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR)
6        Arkib Negara Malaysia
7        Perpustakaan Negara Malaysia
8        Jabatan Muzium Malaysia
9        Jabatan Warisan Malaysia
10    Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia
11    Istana Budaya
12    Jabatan Perlindungan Data Peribadi
13    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
14    Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
15    Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
16    Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
17    Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
18    Balai Seni Visual Negara





 Managing Director SME Bersama YB Dato' Seri Utama Dr Rais B Yatim
Membincangkan perancangan SME bersama YB Menteri



Membincangkan kebaikan usahasama antara PETEKMA dan SME

YB Menteri bersalaman bersama Abdul Aiman iaitu salah seorang ejen