JELAJAH PANTAI TIMUR

Pada 10 hingga 13 hb Mei 2012 yang lalu, Kru SME telah menjelajah ke bahagian pantai timur semenanjung Malaysia dalam rangka kerja untuk penerangan UniFi dan STREAMYX buat kali yang ketiga. Sambutan ejen-ejen sangat menggalakkan dan memberi inspirasi yang tinggi kepada kru SME untuk bekerja dengan lebih tekun dan pantas.

SME berharap agar semua ejen bersama dan bersatu dalam merealisasikan Plan Transformasi Ekonomi PSSCM dengan semangat yang tinggi dan seiring dengan usaha yang bersungguh-sungguh, kerana kami di SME juga bertungkus lumus dalam melancarkan segala pengurusan dalam mencapai cita-cita dan harapan YM Datuk Haji Maideen Bin Kader Shah.

SME berharap agar komunikasi dua hala diantara SME dengan ejen-ejen akan memberi impak di dalam perhubungan kerja kita untuk terus mengorak langkah ke arah ecemerlangan yang jitu.
MD SME bersama State Manager

Add caption

Bersama ejen-ejen di Kelantan

Di kedai milik State Manager, Terengganu


Di Negeri Pahang


Bersama ejen di negeri Pahang